Sign in or 

|
abrnadzrah |
Latest page update: made by abrnadzrah
, Oct 15 2006, 4:31 AM EDT
(about this update
About This Update
No content added or deleted. - complete history) |
|
Keyword tags:
complaints
More Info: links to this page
|
| Started By | Thread Subject | Replies | Last Post | ||
|---|---|---|---|---|---|
| dzul66 | Ganti jambatan kayu & jambatan gantung dgn jambatan batu @ jalan tar | 2 | Nov 16 2008, 12:19 AM EST by Anonymous | ||
|
Thread started: May 11 2007, 9:23 AM EDT
Watch
Assalamualaikum wbkth.
Mohon supaya jambatan kayu di Kampung Bukit Malaysia @ Kampung Lubuk Serdang ditukar kepada jalan bertar @ jambatan batu. Begitu juga dengan jambatan-jambatan gantung di Kampung Mambang Berulang dan Kampung Sungai Dingin ditukar kepada jambatan batu seperti di Kampung Gantok. Menjelang negara mencapai kemerdekaan 50 tahun, harap tiada lagi jambatan-jambatan daif di kampung-kampung kita. 30 tahun dahulu jambatan ini telah berada di tempatnya. Seiring dengan perubahan masa, elok benar jika jambatan kayu/gantung ini dinaik taraf prasarananya bagi kemudahan penduduk setempat. Di samping itu, suasana kampung yang kurang ceria kerana kurang lampu jalan, lampu malap @ rosak dan kebun serta kawasan paya semak dan tidak dimajukan perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berwajib di kalangan JKKK, YB dan jabatan/agensi berkaitan. Dah banyak kes penduduk 'terserempak' dengan ular dan haiwan berbisa di kampung-kampung ini. Harap dapat maklum balas segera dari pihak berwajib dan YB rajin-rajin turun padang. TK. |
|||||
| dzul66 | Ganti jambatan kayu & jambatan gantung dgn jambatan batu @ jalan tar | 0 | May 11 2007, 9:41 AM EDT by dzul66 | ||
|
Thread started: May 11 2007, 9:41 AM EDT
Watch
Merujuk kepada komen berkaitan perkara di atas, kampung-kampung berkaitan iaitu Bukit Malaysia (Lubuk Serdang), Mambang Berulang dan Sungai Dingin terletak di Mentakab. Dulu kampung-kampung ini ramai diduduki orang, tapi kini agak sepi kerana ramai anak muda yang telah berhijrah ke bandar dan menetap di luar. Namun, di musim cuti dan perayaan, warga desa tetap kembali ke sini. Harap sangat supaya kemudahan infra seperti jambatan, jalan kampung, lampu jalan, jalan rosak dan program kawalan kampung dapat dilaksanakan dan dipantau di kampung-kampung ini agar kampung menjadi ceria, menarik dan sentiasa di hati. Mungkin tenaga dan buah fikiran anak kampung yang telah berjaya boleh diharapkan melalui kerjasama dan aktiviti yang lebih tersusun.
Semoga harapan dan pandangan tidak hanya tinggal komen di ruangan ini. Salam. |
|||||
| abrnadzrah | Tidak puas hati beberapa jalan di Pahang | 0 | Nov 12 2006, 11:55 PM EST by abrnadzrah | ||
|
Thread started: Nov 12 2006, 11:55 PM EST
Watch
Tidak puas hati beberapa jalan di Pahang
SAYA menyokong penuh pandangan Jurutera mengenai Lebuh Raya Pantai Timur dan ingin menambah mengenai keadaan jalan di Pahang. Saya suka mengembara dan telah memandu di seluruh pelosok Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pengalaman dan pengamatan saya mendapati beberapa jalan raya di Pahang tidak diselenggara dengan baik: * Jalan dari Pekan Karak - Felda Chemomoi - Triang. * Jalan dari susur keluar Lanchang hingga ke Raub. * Jalan dari simpang Gambang hingga ke Segamat. * Jalan dari Pekan ke Rompin. * Jalan dari simpang Maran ke Jerantut. Saya percaya jalan-jalan tersebut merupakan laluan utama. Di atas keprihatinan kerajaan negeri, Jalan Gambang dari simpang Gambang hingga ke Batu 10 baru-baru ini telah diturap semula sebahagiannya, tetapi keadaannya tidak memuaskan. Penurapan yang nipis menyebabkan permukaan tidak rata dan cepat berlubang. – MOHD AZLY, Kuantan. |
|||||