Kampar

suku-kampar

Tuesday, May 23, 2006

Suku Kampar: Asal Usul Kita


Orang-orang suku Kampar (Kampau) berasal dari lima (5) kota utama yang merupakan penempatan utama di tepi Sungai Kampar di Kabupaten (daerah) Kampar di Riau, Sumatera iaitu:

i. Kuok (pekan sehari: Selasa)
ii. Salo (pekan sehari: Isnin)
iii. Bangkinang (pekan sehari: Ahad dan Rabu)
iv. Air Tiris (pekan sehari: Sabtu)
v. Rumbio (pekan sehari: Khamis)

Setiap kota terdiri daripada empat (4) suku utama iaitu:

i. Domo Bagindo Bosau
ii. Tok Said
iii. Piliang
iv. Melayu

Setiap suku mempunyai seorang ketua. Oleh yang demikian setiap kota akan memiliki 4 orang ketua suku yang akan menghadiri pertemuan ketua-ketua suku di kota Bangkinang. Ketua suku yang mempunyai bilangan anak buah yang teramai akan dipilih sebagai ketua suku sesebuah kota. Setiap perhimpunan ketua-ketua suku di Bangkinang akan dihadiri oleh 20 orang ketua suku (4 X 5). Seorang ketua suku sesebuah kota yang mewakili anak buah yang paling ramai akan menjadi ketua suku orang Kampar.

Orang Kampar datang ke Semenanjung Tanah Melayu melalui jalan laut Selat Melaka. Setelah itu mereka menggunakan jalan sungai dan darat. Seterusnya mereka membuat penempatan baru di kawasan sekitar sepanjang Sungai Pahang. Penempatan baru orang-orang Kampar bermula dari Pekan – Chenor – Temerloh – Jerantut. Selain itu mereka juga tersebar ke Kuantan – Mentakab – Kerdau - Kuala Krau dan Kuala Lipis.

Orang-orang Kampar yang mendarat di pantai barat Semenanjung membuat penempatan baru di Selangor (terutamanya di Batang Kali dan Kajang), di Perak (terutamanya di Batu Gajah, Kampar dan Parit Buntar).

Pekerjaan utama orang-orang Kampar ialah berdagang. Mereka menguasai bidang-bidang peniagaan kecil seperti perniagaan kain di pekan-pekan sehari terutamanya di daerah Pahang Selatan. Di bandar Temerloh, para peniaga orang Kampar mendiami rumah kedai di Jalan Abu Bakar (bangunan pink) dan deretan kedai yang di kenali sebagai Kedai Lintang (kerana kedudukannya melintang di hujung dua blok rumah kedai Jalan Abu Bakar. Sudirman Hj Arshad seorang penghibur Nombor 1 Malaysia pada satu masa dulu ialah seorang anak Kampar kelahiran Temerloh yang paling terkenal di Pahang. U-Wei Hj Saari, seorang pengarah filem terkenal Malaysia ialah anak Kampar kelahiran Mentakab.

Kini anak-anak keturunan Kampar sudah tersebar di merata ceruk-rantau Malaysia dan hidup membaur dengan keturunan suku-suku yang lain. Sebahagian daripada masih mewarisi bahasa dan budaya Kampar manakala sebahagian lagi sudah terputus hubungan dengan asal usul mereka.



abrnadzrah
abrnadzrah
Latest page update: made by abrnadzrah , Oct 19 2006, 6:26 AM EDT (about this update About This Update abrnadzrah Edited by abrnadzrah

380 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
dzul66 Kampar + Minang (page: 1 2 3 4 5) 81 Today, 7:17 PM EDT by Anonymous
Thread started: May 11 2007, 9:51 AM EDT  Watch
Saya suka membaca artikel ini, berkenaan orang Kampar. Ini kerana ayah saya berketurunan Kampar Salo dan ibu saya Minang Paya Kumbuh. Di Mentakab, orang Kampar ramai tinggal di Kampung Tanjong Krayong, Batu Kapur dan Mambang Berulang. Mereka juga ramai di Kg. Batu Satu, Temerloh. Saya sedang melaksanakan satu kajian mengenai cerita-cerita rakyat d Daerah Gombak dan Hulu Selangor. Yang menariknya, memang ramai orang berketurunan Kampar dan Minang di kawasan ini. Mendengar mereka berbahasa Kampar, amat menyeronokkan kerana mengingatkan saya pada asal usul sendiri..
7  out of 7 found this valuable. Do you?    
Show Last Reply
Anonymous kampar temerloh 17 Jun 24 2009, 12:45 AM EDT by Anonymous
Thread started: Mar 17 2009, 2:48 AM EDT  Watch
sebahagian besar daripada orang melyu di pahang menganggap orang kampar adalah amat kedekut dan berkira. mereka juga dikatakan gemar mengambil tanah orang iaitu dengan memanjangkan ukuran pagar tanah mereka sehingga masuk ketanah orang lain hal ini menyebabkan orang melayu lain di temerloh kurang berkenan dengan orang kampar. hal ini adalah ternyata benar keranan ramai orang kampar yang saya jumpai adalah berperangai sebegitu.
0  out of 1 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
Show Last Reply
karlz_kampau75@yahoo Orang Kampar Tg. Malim 6 May 21 2009, 12:53 AM EDT by Anonymous
karlz_kampau75@yahoo
Thread started: Mar 25 2009, 4:29 PM EDT  Watch
Di Tg. Malim pun banyak orang kampau, kami masih mengamal kebudayaan kampar, bahasa kampar. Tetapi adat kampar tidak dapat diamalkan di sini kerana orang kampar di sini lebih cenderung mengamalkan ada melayu (adat temenggung).
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
Show Last Reply

Anonymous  (Get credit for your thread)


Showing 3 of 6 threads for this page - view all