Terengganu Perkenal River CruiseThis is a featured page

Terengganu perkenal River Cruise

Oleh Nurhayati Abllah

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri memperkenalkan `River Cruise' untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pelancong menyusuri Sungai Terengganu untuk melihat keindahan semula jadi dan tempat bersejarah.


Terengganu Perkenal River Cruise - Interest Group Pahang (IGP)PERAHU kolek yang boleh
memuatkan enam penumpang
digunakan untuk pakej
River Cruise bermula esok.


Bot menyusur sungai yang dikenali perahu kolek dan payang itu dihasilkan pengusaha tempatan yang mempunyai kemahiran tinggi menghasilkan bot bercirikan warisan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan negeri, Datuk Mohamad Awang Tera, berkata River Cruise diperkenalkan sebagai satu produk untuk menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu.

"Perkhidmatan yang disediakan itu seakan-akan gondola yang digunakan di Tasik Putrajaya dan luar negara," katanya kepada Berita Harian.

Antara destinasi yang bakal dikunjungi pelancong menggunakan perkhidmatan itu ialah Kota Lama Duyung, perusahaan bot tempatan, tempat pembuatan bubu ikan tradisional di Kampung Losong Pasir dan Muzium Negeri Terengganu.

Beliau berkata, pelancong juga akan dibawa menyusuri Water Front dan menyaksikan keindahan Terengganu dari muara sungai.

"Setiap perjalanan yang mengambil masa kira-kira empat jam hanya dikenakan caj RM40 bagi dewasa dan RM20 kanak-kanak.

"Perkhidmatan bot berkenaan akan dijalankan dua kali sehari iaitu pagi dan petang bagi memberi peluang pelancong menikmati keindahan destinasi pilihan dengan lebih selesa," katanya.

Katanya, projek fasa pertama perkhidmatan itu akan dikelolakan Muzium Negeri dan akan diswastakan menjelang tahun depan kepada syarikat yang berminat.



abrnadzrah
abrnadzrah
Latest page update: made by abrnadzrah , Oct 17 2006, 9:07 PM EDT (about this update About This Update abrnadzrah Edited by abrnadzrah

10 words deleted
1 image deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page

Anonymous  (Get credit for your thread)


There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.