Sign in or 

|
dzul66 |
Ganti jambatan kayu & jambatan gantung dgn jambatan batu @ jalan tar
May 11 2007, 9:23 AM EDT
Assalamualaikum wbkth.Mohon supaya jambatan kayu di Kampung Bukit Malaysia @ Kampung Lubuk Serdang ditukar kepada jalan bertar @ jambatan batu. Begitu juga dengan jambatan-jambatan gantung di Kampung Mambang Berulang dan Kampung Sungai Dingin ditukar kepada jambatan batu seperti di Kampung Gantok. Menjelang negara mencapai kemerdekaan 50 tahun, harap tiada lagi jambatan-jambatan daif di kampung-kampung kita. 30 tahun dahulu jambatan ini telah berada di tempatnya. Seiring dengan perubahan masa, elok benar jika jambatan kayu/gantung ini dinaik taraf prasarananya bagi kemudahan penduduk setempat. Di samping itu, suasana kampung yang kurang ceria kerana kurang lampu jalan, lampu malap @ rosak dan kebun serta kawasan paya semak dan tidak dimajukan perlu diberi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak berwajib di kalangan JKKK, YB dan jabatan/agensi berkaitan. Dah banyak kes penduduk 'terserempak' dengan ular dan haiwan berbisa di kampung-kampung ini. Harap dapat maklum balas segera dari pihak berwajib dan YB rajin-rajin turun padang. TK. 1 out of 1 found this valuable. Do you? |
|
Posted Anonymously |
1. RE: Ganti jambatan kayu & jambatan gantung dgn jambatan batu @ jalan tar
Apr 15 2008, 6:04 AM EDT
kekalkan jambatan gantung untuk tarikan pelancong.xpun , bina jambatan lain utk gantikan jmbatn gantung, tapi jmbatan gantung d kekalkan seperti asal. 2 out of 2 found this valuable. Do you? |
|
Posted Anonymously |
2. sejarah jambatan gantung
Nov 16 2008, 12:19 AM EST
bagaimanakah mula-mula jambatan gantung diperkenalkan di dunia
2
out of
2 found this valuable.
Do you?
|