Sign in or 

|
dzul66 |
Ganti jambatan kayu & jambatan gantung dgn jambatan batu @ jalan tar
May 11 2007, 9:41 AM EDT
Merujuk kepada komen berkaitan perkara di atas, kampung-kampung berkaitan iaitu Bukit Malaysia (Lubuk Serdang), Mambang Berulang dan Sungai Dingin terletak di Mentakab. Dulu kampung-kampung ini ramai diduduki orang, tapi kini agak sepi kerana ramai anak muda yang telah berhijrah ke bandar dan menetap di luar. Namun, di musim cuti dan perayaan, warga desa tetap kembali ke sini. Harap sangat supaya kemudahan infra seperti jambatan, jalan kampung, lampu jalan, jalan rosak dan program kawalan kampung dapat dilaksanakan dan dipantau di kampung-kampung ini agar kampung menjadi ceria, menarik dan sentiasa di hati. Mungkin tenaga dan buah fikiran anak kampung yang telah berjaya boleh diharapkan melalui kerjasama dan aktiviti yang lebih tersusun.Semoga harapan dan pandangan tidak hanya tinggal komen di ruangan ini. Salam. Do you find this valuable? |